Top Social

Korea Winter Trip 2023 : PART 1 - Seoul bound

Monday, January 30, 2023

 Assalamualaikum and hi all :)


Rasanya dah boleh kot apply resident Korea. Asal rasa nak travel je kawan ajak pi Korea pergi Seoul je pulak tuuu. Ottokeh? Apa2 pun alhamdulillah diatas kesempatan yang ALLAH bagi for me untuk travel negara orang lain. Thank you Ya ALLAH.


Kali ni since border dah bukak me and my friend decide pergi Korea. Puncanya apa??? Kitorang sebenarnya dah plan tabung untuk concert BTS world tour ke apa. Eh alih2 13 Jun 2022, BTS umum diorang hiatus nak pergi military semua. Weyyy!!!! nanges lah kitorangggg. Then rasa lah kesedihan tu, kitorang pun decide untuk ke Korea. Even untuk amik vibes nafas seudara, sesuhu dengan BTS pun jadi lah. Jadinya 20 Jun 2022 kitorang book flight to Seoul. Actually this is not the first time kitorang pergi Seoul tapi sebab masa kitorang nak book tu takde flight direct ke Busan, maka amik je lah Seoul pun.


Dan seperti biasa pilih musim winter lah..tahu dah suasana suhu sejuk mencucuk tu macam mana tapi eh tetap nak merasa angin sejuk dengan harapan ada salji... huhuhuhuhu. Namun a week before kitorang sampai, dah turun salji lebat. So while we were there takda salji turun but the left over still ada and tebal2.


30/12/2022 - Day 1

Flight kitorang supposed 11pm eh lajak delayed sampai 4.30am (31/12/2022).

muka lega lepas 3-4 kali punggah luggage bagi muatan ngam2 soy

Flight took about 6 hours. Tapi sebab faktor cuaca, isi minyak sebagainya pkol 5.00am baru jalan. Then arrived about 10am (Korea time)




Toilet kat Incheon airport ada bidet dahhh. Coway okayy!


biar betul sampai pkul 10am tapi pukul 2pm kat airport lagi? mesti sampai lambat sebenarnya. hahaha


Lepas tu kitorang terus berlari2 mencari platform untuk AREX. Dah book awal2 kat Klook senang. Apa benda yang boleh beli kat Malaysia, beli je kat Malaysia so tak membazir duit Korea Won. *sayangilah Won ada*


These two are pemandangan yang sempat captured masa naik train AREX. Train ni laju macam ERL lah. Dari Incheon airport direct pi Seoul Station. Lepas tu sis tido. Penatttt lari2 dengan luggage.


Then dah sampai Seoul Station pi naik train ke City Hall sebab nak pi check in guest house. Kat guest house tak amik gambar. Sebab masing2 dah BARAI. Bayangkan eh nak kena angkut luggage naik tangga?? Okay korang mungkin tak dapat bayang unless korang dah pernah sampai, so faham lah subway diorang tu kedalam tanah macam mana luas.




Demi kesejahteraan perut dan minda, lepas solat semua pergi lah keluar cari makan. Since memang tengah lapar kitorang pergi Myeondong makan kat Busan Jib. Aiyoo mencari Busan Jib ni pun memang bedoa kaw2 sebab penunjuk yang kitorang google cakap dekat dengan ABC Mart, lahhh sekali ada dekat 5 ABC Mart kat Myeondong tu jeee. Allahuakbar. Jalan punya jalan jumpa lah kedai ni..


Lepas setel makan, teruskan misi sebenar which is nak join event V-Day sebab 30/12/2022 birthday V. So ada lah fan sewa satu cafe ni untuk event. Nak mencari tempat ni pun satu hal sebabnya Hotel Skypark kat Myeondong tu bukan ada satu je, ada 3 okayyy!!! End up kitorang tanya je abang polis yang tengah jaga kawasan situ sebab takut cafe tu nak tutup dah 9.30pm.


Dah sampai amik gambar duluuuu


beli air pakej event dapat la freebies macam2. Sampai hari ni sis belum bukak lg...


Gambar V sebesar alam ye. siapa bias V memang puas hati datang!!


Cantik sangat deco cafe ni. Berapa ribu la Nuna V spend duit. Keje apa la dia tu ek..

Lepas habes pusing2 amik mood as ARMY. Lagu best tak bagi balik tapi cafe dah nak tukar deco set up untuk celebrate new year pulak. So berangkat lah kami...

Then merayap lah kami ke Myeondong and makan taiyaki pulak. Eh bukan dah makan dinner ke tadi? bhahahaha. Sejuk2 plus banyak berjalan memang street food is lurveeee!


Taiyaki

Singgah Apple jap cuci mata sebab apple dia besar 1 bangunan bukan dalam mall. Huhuhu


Rasa macam malam masih muda lambat lagi nak countdown new year. So kitorang decide balik guest house sebab sejuk yang teramatttt!!  We cannot handle the coldness! tapi bersiar2 dulu sekitar area depan guest house.



And guest what? 

Kitorang end up tidur terus sampai pagi di guest house tak sempat countdown punnnn!!! Sedar2 eh dah 2 pagi? sila lah mandi aqma dan sambung tidur balik..........


Sekian.

Till next part~
Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...