Assalamualaikum and hi all :)
Salam 4 Ramadhan. Alhamdulillah dah capai 4 Ramadhan dah. Of course Ramadhan 2020 lebih bermakna dan diingati ramai akibat pandemic COVID 19 ni semua stay at home. No bazaar Ramadhan, semua orang duduk kat rumah, work from home, universiti pun online je... Sekolah pun kawan2 cakap anak2 diorang pun kena buat kerja sekolah kat rumah je.
Namun, banyak hikmah yang dapat kita lihat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Antaranya time ni lah kat rumah masing2 naik seri dengan solat jemaah dengan keluarga masing2.
Masa PKP ni lah juga memasing keluar skill masak sebab tak da bazaar Ramadhan kan. Huhuhu.
Masa Ramadhan ni benda yang paling win adalah sahur. Masa sahur ni lah banyak sangat rahmah and barakah from ALLAH. Selain tu waktu sebelum berbuka lepas Asar, masa ni doa banyak sebab dikatakan ni adalah waktu mustajab berdoa. In shaa ALLAH.
My routine supaya lepas sahur tak tidur balik adalah bersahur dengan minimum.
Semoga Ramadhan kali ni lebih makna dan penuh barakah :)
Korang okay ke puasa tuuu?
Love,
A.Aqma
Aamiin.Moga dengan kesederhanaan ini lebih diberkati.
ReplyDeleteselamat menyambut bulan ramadhan
ReplyDeleteAlhamdulillah... sahur okay.. tapi tulah sebab sekarang asyik tidur lambat je (sebab pkp) so asyik terlajak huhu
ReplyDelete