Top Social

My Dream Girl a.k.a Girl Crush

Saturday, June 15, 2019
Assalamualaikum and hi all :)

Salam Syawal minggu kedua. Hahaha. Sis tak ingat dah syawal keberapa. In shaa ALLAH Syawal yang ke 11 sudaa.. Apa-apa Syawal anda lebih bermakna dan mana2 yang hijrah lebih baik masa Ramadhan hari tu dapat diteruskan kembali.

Well, girl crush. Masa raya ni lah gambar masing-masing letops betul update kat facebook or instagram. From there aqma macam stress sendiri. Hahaha. I wish I can be like them. Tapi takda la obses gila. I am still thankful for whatever that I have now and I know I am the best person if I become the best slave to Allah, become a great daughter to my parents. That enough already. Alhamdulillah :) Well, live still need improvement right? So, them are one of my benchmark.

Okay first of all, benda yang tak pernah terpisah dari aqma adalah nak dapatkan berat badan impian. Hahaha. Tak dapat lagi berat badan impian nih. Target before raya haji dah cecah angka 5 untuk berat. Perghhh! 2 bulan dari sekaranggg! YOU CAN DO IT lah aqmaaa! sikit je lagii :)

Girl crush pertama adalah Korean Youtuber, Joan Kim. Aqma nak badan macam dia ni. Kurus tapi still nice. Hahaha.
Joan Kim. Tinggi lebih kurang 165cm. Tapi aqma suka style macam nih. Pakai dress kembang pun elok jee. :)

Ni masa dia datang Malaysia. We are same age. 91's

Tapi selain dari nak susuk macam dia, aqma sebenarnya inspired gila dengan semangat Joan buat vlog setiap hari. Travel here and there back to back semata-mata demi content untuk peminat Vlog dia kat Youtube. Kalau dia tak sihat or penat ke, mesti ada keluar video juga at least minum coffee sambil menghadap laptop or jalan2 Myeondong. Hiks! So aqma bila nak hari-hari tiup habuk kat blog nih???..

Nextttt.....yang nih underrated sikit lah.
Amber Liu
Si Amber nih aqma kenal dia since dia dalam f(x) lagi. Memang adore gilaa dengan semangat dia. Walaupun f(x) sekarang terumbang ambing or macam tak da masa depan, she took big step by debut in USA. Adore sangat kaki Amber nih. Kaki dia tough isi otot bukan lemak. :P Pastu walaupun macam ala-alam tomboy still jaga badan, dia memang ada restricted diet. Ada few tomboy dia macam belasah je lah tak kisah apa2 tapi tidak pada Amber. Maybe sebab dia K-pop artist kot so dah terbiasa to look good even kau tomboy. Hahahaha.

Next is....

My dream is to be a decent hot mummy like Kate Middleton. Fuhhh dia nih memang girl crush gila-gila kot.. Even kawen dengan Putera Raja still she showed good attitude to the public. Dah beranak 3 pon adoiii badan maintain elok sangat kayyy!

Kate Middleton with newborn


Elok terletaknya dress yang Kate ni pakai.. Jeles betul iols! Nasib ada Premium Beautiful as penyelamat alih lemak yang degil nih. Boleh la aqma pun merasa baju cantik terletak. Yelah, kita tak ada dayang nak tolong rias2 kita. Hahaha. So glad ada Premium Beautiful as my savior. :)

Dah 3 contoh antarabangsa aqma cerita pasal my girl crush. Kang netizen kecam lak tak da ke orang Malaysia jadi idaman? Of course lah adaaaa....! Antaranya Vivy Yusof. Aqma tak payah cerita panjang kot pasal Vivy Yusof sebab dia boleh dikatakan idola wanita mahupun remaja kat Malaysia. Seorang wanita berkerjaya, always on going and still manage to grow her family. Sure bila dah jadi usahawan tersohor nih memang full lah schedule and need to hire assistant untuk uruskan hal2 rumah. Tapi kat instastory beliau ada je cerita dia and anak2. For me, keluarga especially parents, suami/isteri/anak2 kena faham bahawa jadi usahawan memang kena kerja keras and masa untuk family kadang2 limit sebab ada beratus mulut nak suap bila hujung bulan.

Vivy Yusof. p/s: I takde lagi duck oriental nih. #craving
Lastly my girl crush terakhir of course lah isteri Nabi Muhammad SAW, Saidatina Khadijah. Ya ALLAH bila baca kisah isteri baginda ni aqma rasa girl crush gila2.. Mana taknya kekayaan beliau memang salur pada Islam. Jadi kaya raya tak salah, asalkan kekayaan itu untuk kebaikan ummah. From her story pada aqma wanita pun kena bekerja, kena jadi kaya. Berniaga tu tak salah. Yang salah adalah cara kita bina perniagaan tanpa strategy, ilmu and mentor. From here aqma percaya cara yang mudah untuk bina kewangan adalah dengan berniaga. Kalau hampa dapat suami kaya tu rezeki. 

Allah, tak salah jadi kaya... Aqma nak jadi kaya raya supaya dapat tolong yang susah tanpa berkira pastu nak jadi macam Mizz Nina, dapat pergi sana sini cerita pasal Islam. Ya Allah.. tu lagi satu girl crush, Mizz Nina. Ada orang kata jangan jadi hamba duit. Syukur lah dengan apa yang ada tapi sebenarnya semakin kita bersyukur semakin ALLAH bagi lebih. Bila kita ada lebih kita boleh berkongsi lebih banyak dengan ramai orang. In shaa ALLAH. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. In shaa ALLAH.

Mizz Nina and charity berpisah tiada.
So tulah antara my girl crush. They are my inspiration to be better every day. Korang pun mesti ada dream girl kan? Mesti ada pasang angan2 nak jadi macam siapa kan? Or just to be just like her.. Aqma doakan korang pun berjaya jadi apa yang anda inginkan. 

Till then korang.
Mak panggil makan rendang :P

Love,
A.Aqma




2 comments on "My Dream Girl a.k.a Girl Crush"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...