Top Social

Next Holiday: What's Up Kota Singa a.k.a Singapura ?

Thursday, August 23, 2018
Assalamualaikum and hi all :)

Hari tu Aqma ada tengok variety show Korea ni and diorang travel ke Singapore. Kita yang dekat ni asyik dok tengok tempat yang jauh2 je kan? Yang jiran sebelah ni banyak lagi attraction cantik2 untuk keluarga especially musim cuti sekolah ni. 

Bila tengok cerita tu macam syok je Singapore nih.. Boleh pergi naik kereta dari Tambak, Johor. Public transport pun ada termasuk direct flight taw. Kalau korang nak tahu walaupun Singapore ni negara kecil, tapi airport diorang, Changi Airport standard TOP 3 WORLD CLASS! Hebat kan? Aqma pun excited nak tengok kehebatan Changi Airport nih.. 

Tempat charging di Changi Airport
Sitting area pun fully carpet! Fuhhh boleh duduk dalam gelung!
Guess what? Ni tempat check point taw! Amazing gila..
Tengok airport pun dah feeling habis kan? Apatah lagi tempat2 WAJIB DILAWATI di Singapore. Antaranya yang famous adalah UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS). Rasa tak lengkap kalau gi Singapore tak singgah USS. Apa yang best kat USS ni sesuai untuk orang dewasa and kanak2. So, satu family terhibur bila pergi tempat ni :) Aqma paling excited bila tahu yang kat USS ni ada theme park. Waduh waduhhh sis suka gila pusing2 main roller coaster. Tak sabar nak try Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON dengan TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle.

Galactica: HUMAN vs. CYLON

TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
Selain permainan yang tersangat awesome, USS pun persembahan daripada karekter-karekter movie terkenal seperti Shrek, Jurasic Park, Madagascar dan macam-macam lagi. Comelnyaaa..

Shrek/Puss in boots

Jurasic Park
Dah penat siang main-main kat USS, malam pula boleh enjoy scenery air panjut menari. Haaa gitttuuu. Apa yang menarinya kan? Dalam cerita Korea tu ada tunjuk diorang tengok persembahan air panjut yang bergerak ikut rentak muzik dah macam kat Dubai seyhhh. Eh, dah menulis gaya Singapore pulak .Hehehe. Musical Water Fountain ni sangatlah cantik kalau tengok masa malam ada persembahan laser lagi. Lokasi dia kat area Marina Sand Bays, at Event Plaza. Paling best pertunjukan out door light and water show ni OPEN FREE to public. Alahaiii syoknyaa! Bukan sekejap punya pengalaman ni, 15 minit taw persembahan ni. Wajib tengok sampai habis sebab bila nak dekat ending makin rancak muzik orkestra dia. Hebattt seyhhh.

Singapore Musical fountain
Then dah seronok2 kat musical water fountain ni, boleh la cuci mata lagi kat Gardens by the Bay Garden Rhapsody. Ya Ampunnn. Magical sangat bila tengok pokok-pokok ni berlampu dengan penuh warna warni. Sure terlopong mulut and jaw dropped lah senang cerita. Dalam cerita Korea tu, diorang siap baring lagi sebab nak tengok persembahan kat Gardens by the Bay Garden Rhapsody ala-ala tengok bintang di langit gituu..

Oh ya, persembahan pokok-pokok yang dikenali sebagai Supertrees ni pun ada alunan muzik sekali taw. 

Garden Rhapsody Singapore
Tak lengkap taw kalau travel tak include sekali aktiviti makan-makan. Jadinya antara food attraction kat Singapore adalah Chilli Crab. Allahu..Lazatnya sehingga menjilat sudu! Kuah yang pekat dan pedas-pedas manis memang menduga selera tekak taw. Dari tak lapar terus jadi lapar. Hehehehe. Pastu dapat pula isi ketam gebu-gebu manis memang menduga iman betullahhh. Even kat kaki ketam pun ada isi gemuk-gemuk. Mantappp!

Chili Crab
Kalau macam ni lah rupa ketam dia, dari rasa nak diet terus cancel. Sambung esok je diet tu. Hihihi.

Then kalau ada yang suka tempat percutian ada percik-percik air boleh lah pergi ke Marina Bay Sands. Kat sini anda boleh tengok 360 darjah pemandangan bangunan pencakar langit yang ada kat Singapura. Lepas tu boleh lah test ketahanan ketinggian korang bila kat sini. Pastu bila uols book hotel kat sini, boleh rasa sekali infinity pool. Alaaa kolam renang yang macam nak terjatuh tu.. Hihihi. Seram pulak rasanya. Hahahaha. So, korang wajib cuba taw. Bawa keluarga lagi lah seronoknyaa!

Marina Sand Bays

Marina Sand Bays

Haaaa. Amacam? Menggoncang iman tak tengok tempat-tempat best yang ada kat Singapore ni? Walaupun negara kecil tapi macam-macam ada. Tu tentu spot shopping pun syok juga. Hehehe. Bagi yang jauh dari selatan Malaysia contohnya di Utara, korang boleh je ambil direct flights from Penang to Singapore . Beruntung orang Utara tak payah ke KL nak naik flight pergi Singapore. Ikut Penang je jimattt! Dah, jangan lengah-lengah plan bercuti ke Singapore, cepat-cepat book tiket uols~

Aqma pun tak sabar nak pergi Singapore sebab ada saudara mara kat sana. Bestnyaaa!

Love,
A.Aqma

2 comments on "Next Holiday: What's Up Kota Singa a.k.a Singapura ?"
  1. eheheh tengok Battle Trip ke hehe.. best kan CT pun x penah pegi Singapore.
    kena pi nak JJCM sana makanan sedap2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cite battle trip.. hehehe.. kena banyak explore lg Singapore nih.. hehehe. naik flight je senanggg... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...