Top Social

Beraya dengan Rekaan Exclusive WOO/FIZIWOO & ZALORA *rambang mata beb!*

Wednesday, May 18, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

Lately ni dah ramai mood raya. Dah mula survey baju raya sebab taknak letih masa puasa nanti. Masa puasa fokus ibadah je. In shaa ALLAH :)

Ni nak cerita pernah dengar jenama terkenal FIZIWOO? Aqma first time tahu pasal brand ni sebab diaorang buat baju Dato’ Siti Nurhaliza. OMG! Memang gorgeous! Tapi baru-baru ni baju rekaan FIZIWOO dinobatkan sebagai TOP BEST DRESS untuk ABPBH ke- 29. Rekaan Fiziwoo dipakai oleh Artis Paling Popular 2016, Neelofa.


Siap dapat pujian oleh Majalan GLAM



Meh nak story sikit sejarah FIZIWOO ni. Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Hafizi Radzi Woo, FIZIWOO kemudiannya disertai oleh Izree Kai Haffiz pada tahun 2011. Gabungan dua pereka muda yang berbakat ini merupakan tunjang utama jenama WOO / FIZIWOO yang bukan sahaja memeriahkan industri fesyen tempatan, malah melahirkan banyak rekaan-rekaan yang unik dengan idea yang cukup fresh.

Rekaan unik bagi setiap helaian koleksi WOO / FIZIWOO ini juga telah banyak memenangi pertandingan-pertandingan bertaraf dunia serta menarik minat ramai selebriti antarabangsa dan salah seorang adalah Giuliana Rancic – personality terkenal dari Amerika.



Tahun 2016 ini adalah tahun kedua WOO / FIZIWOO bekerjasama dengan ZALORA dan sekali lagi membawakan hasil karya mereka dengan lebih dekat kepada para penggemar setia. Untuk koleksi Raya WOO FIZIWOO tahun ini bersama ZALORA Malaysia, mereka mengembalikan nostalgia era awal 1970-an dengan menyuntik elemen-elemen tersebut pada setiap helaian pakaian.


Dengan menggunakan tona warna yang mungkin agak berbeza dengan koleksi raya yang  lepas, rekaan-rekaan yang diketengahkan untuk tahun ini juga jauh berbeza namun masih unik. Anda boleh menjangkakan trademark WOO / FIZIWOO yang sentiasa mementingkan jahitan yang kemas dengan potongan yang cukup rapi.




Nak tampil anggun dihari raya nanti dengan koleksi raya WOO/FIZIWOO?
Koleksi baju raya WOO FIZIWOO online kini boleh anda temui di laman web ZALORA Malaysia hari ini dan tempahan pre-order telah dibukan sehingga 30th May 2016. 


Better grab fast sebab walaupun selepas raya rekaan exclusive WOO/FIZIWOO boleh dipakai semasa menghadiri open house. Confirm glamour macam Neelofa




Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...