Assalamualaikum all :)
Now nak story pasal my 2nd day my trip ke Korea aritu. Pagi2 kitorang bersiap dan buat sarapan sendiri. Thanks to Mirah sebab sediakan sarapan untuk kitorang. :)
Then kitorang mulakan pengembaraan ke Nami Island. Perjalanan ke Nami Island bermula dengan pergi ke Gapyeong Station menaiki subway. Agak banyak transit dan tukar2 train untuk ke Gapyeong ni. Harap bersabar. Masa kitorang g weekend, so banyak makcik dan pakcik yang semangat nak pergi hiking. Memang sesak sangat. Tapi no worries. Semua okay2 je :)
Dihadapan Gapyeong Station |
Apabila dah sampai di Gapyeong, kitorang decide naik bas ke Nami Island. Ada jadual khas untuk naik bas ke Nami Island ni. Kitorang decide naik yang pukul 11am punya. If korang tak sure bas yang mana satu, boleh je tanya siapa2 kat situ. Tanya yang muda2 ni la in shaa ALLAH dorang pandai speaking and tolong bagitahu kita which bas nak naik.
Perjalanan agak slow and sesak sebab weekend kan, semua nak keluar beriadah bersama keluarga kat Nami Island. Style orang Korea tak duduk umah terperap. Banyak sangat aktiviti dorang masa weekend with family and friends and anjing dorang juga. Eh? *hati2 kay jangan dekat2 sangat dengan dorang takut dalam beg dorang sebenarnya ada anjing. Korang ingat beg bulu2. hehehe*
Bila dah sampai jeti nak ke Nami Island tu, Miss tour guide kami iaitu Erda yang cantik pergi beratur beli tiket. Tak ingat berapa ribu won harga tiket feri ke Nami Island tu. Perjalanan ke Nami Island sekejap je dalam 10-15 minit camtu dah sampai. Then apa lagi.. sakan la amik gambar. Hihihi.
Macam2 patung ada kat sini. Ada patung pelik2 :P |
Bergambar di Nami Island Hallway :P |
Nami Island ni adalah pulau buatan tapi sangat lah besar. Kitorang rasa dah jauh dah berjalan tapi pusing kiri ada lagi ceruk bunga and pokok2 cantik. Pusing kanan ada lagi taman2 cantik. Bagi yang smoking ada satu bilik khas. Tak boleh merokok merata2 ya. Kalau penat berjalan ada disediakan basikal. Boleh la feeling kat situ. Hehehe.
Bunga masih mekar lagi :) |
My Bibimbap = 10,000 Won |
Air putih free :) |
Then lepas makan kitorang solat zohor kat tingkat atas tempat makan tu. Surau dia best and selesa. Perjalanan nak ke surau tu korang akan jumpa tempat buku2 yang comel sangat. Ada tiang yang diperbuat daripada buku. Pandang sekali tak perasan tapi bila tengok betul2 rupanya diperbuat daripada buku2.
Book Tower. Made from books |
Picture Book Library |
Setelah puas pusing Nami Island kitorang plan nak pergi Petite France tapi dah habis bas. So, kitorang decide balik je naik taxi ke Gapyeong Station semula.
Keropok bosan sementara tunggu bas/taxi nak ke Gapyeong. Sedap! thanks Erda :) |
Dinner kami malam kedua adalah Fettucini Carbonara tapi dilarang ambil gambar oleh Master Chefnya sebab dia kata masakan malam tu tak capai standard dia. Padahal sedap je pon. Hihihi.
Then malam tu kitorang lepak 7E. Makan ramyun dan Banana Milk. Itu memang FAVOURITE !
Makan ramyun panas2 sambil ditemani angin sepoi2 sejuk.. perghh feeling oi!
Makan Shin Ramyun, 1050 Won. |
Okay uolls.. Jumpa next entry ya :)
Post Comment
Post a Comment